Thursday, July 22, 2010

Selamat Datang !

0 comments
Salam perkenalan buat semua !

Semoga ruang ini menjadi peluang dan ruang untuk kita berkongsi dan mejalinkan ukhwah sesama kita. Bertukar-tukar pendapat dan idea. Selamat berkenalan dengan bloggers Marsis!

Mahu berkongsi BLOG/WEB anda? Tinggalkan alamat blog anda di shout box blog ini.

BUKAN MEDAN LAGA

0 comments
Di sini berkumpulnya suara
di sini berkumpulnya harapan
dari lembah dan sungai
dari paya dan pinggiran
dari desa dan kota kemanusiaan.

Di sini bukan medan laga
di sini berkumpulnya suara
suara hati rakyat kebanyakan
suara hak dan pembelaan
suara terlaung jerit rintihan.
(Suara tertimbus kerana percakaran!)

Di sini bukan medan laga
di sini berkumpulnya harapan
harapan hati rakyat kebanyakan
harapan perjuangan dan pembangunan
harapan terlaung jerit rintihan.
(Harapan terkambus kerana perbalahan!)

Di sini bukan medan laga
di sini berkumpulnya suara dan harapan
kaubawa amanah rakyat kebanyakan
yang pernah kaujanji mahu tunaikan
dalam getir menjelang pengundian.
(Mungkinkah sudah engkau kotakan?)

Di sini satukanlah suara
dalam perjuangan
membela kebenaran
dalam debat melahir keputusan
biar bertingkah berbeza pendapat
hasrat nan satu mencapai matlamat.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol , NS.
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template